Thursday 31 May 2012

Sambungan 2 : Siapakah yang boleh mencabar pemain-pemain China dalam Olimpik London??Who can challenge the players of China in Olympics 2012??

Analisa pos-Piala Thomas Dan Piala Uber II:


Beregu Lelaki :
Mengikut keadaan beberapa bulan ini, beregu China Cai Yun dan Fu Haifeng terlalu handal untuk dikalahkan oleh beregu mana-mana di dunia. Kekentalan mental, kepantasan smash, pertahanan dan kepintaran strategi mereka sukar diatasi oleh pihak lawan. Namun bukan mustahil juga ada beregu lain boleh mengalahkan mereka kerana Sukan Olimpik diadakan di luar China dan di luar Asia iaitu Eropah. Beregu yang dipercayai dapat memberi persaingan hanya datang dari Korea iaitu Jun Jae Sung dan Lee Yong Dae serta dari Denmark iaitu Carsten Mogensen dan Mathias Boe. 

Beregu terbaik di dunia masa  ini ............


















Beregu Denmark merupakan beregu Eropah yang dipercayai dapat memberi tentangan kepada Cai Yun dan Haifeng jika permainan dilangsungkan di Eropah



Beregu Korea yang dapat memberi cabaran kepada beregu China.






















Manakala beregu emas Malaysia iaitu Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat yang pada sesuatu masa dahulu dianggap peluang terbaik untuk memenangi pingat emas di Olimpik menjadi semakin malap. Beregu Malaysia seolah-olah hilang arah sekarang. Dulu Kien Keat bagai budak nakal yang penuh dengan tipu helah di atas gelanggang dan Boon Heong budak baik yang mempunyai ketajaman smash yang sukar diangkat oleh pihak lawan. Walau bagaimanapun, mereka sekarang macam hilang identiti mereka ini dan langsung tidak bermaya di atas gelanggang. Jika mereka masih inginkan sebutir pingat di Olimpik London, mereka perlu kembali kepada semangat mereka dahulu ini. Jika tidak, cita-cita mereka  ini hanya menjadi angan-angan sahaja.




Beregu Malaysia sukar dilawan pada suatu masa dahulu.... tetapi sekarang mudah dikalahkan 

(gambar dipetik dari tournamentsoftware.com)
analisa di sambung lagi .....................

Tuesday 29 May 2012

Siapakah yang boleh mencabar pemain-pemain China dalam Olimpik London??Who can challenge the players of China in Olympics 2012??


Analisa pos-Piala Thomas Dan Piala Uber : 
Pasukan China terlalu kuat sehingga sukar dicabar oleh mana-mana pasukan. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan awal untuk acara individu badminton yang akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di London akan datang.


Perseorangan lelaki : 
Lin Dan terlalu kuat. Hanya Lee Chong Wei dari Malaysia sahaja dapat mencabar Lin Dan. Taufik Hidayat (Indonesia) dan Peter Hoeg Gade (Denmark) sudah hilang sentuhan untuk mencabar dia lagi. Kita perlu ingat masih terdapat Chen Long dan Chen Jin dari China yang juga mempunyai potensi untuk mendapat pingat emas.
Taufik sendiri mengaku beliau dan Peter sukar untuk membuat sesuatu dalam olimpik akan datang. Beliau menyatakan Chong Wei sahaja boleh memberi cabaran. Oleh demikian, beliau berharap Chong Wei boleh sembuh dengan cepat untuk memberi cabaran kepada tiga gergasi China itu.


Bolehkan Chong Wei mencabar Lin Dan..? Tambah lagi, Chong Wei sudah cedera di kaki....
Taufik Hidayat mengaku bahawa beliau dan Peter tidak dapat mencabar Lin Dan dalam Sukan Olimpik di London.

 
Semakin meningkat sebelum Olimpik di London, menjadi penghalang negara-negara untuk merobohkan tembok China yang terlalu unggul



Perseorangan Wanita :
Wang YiHan, Wang Xin dan Li Xuerui terlalu kuat dalam acara ini. Mana-mana mereka dapat memperoleh pingat emas.  Juliane SCHENK (German), Saina NEHWAL(India) dan Tine BAUN (Denmark) masih boleh memberi cabaran kepada mereka namum sejak akhir-akhir ini Saina dan Tine kurang konsisten dan hilang taring. Hanya Juliane(yang disimpan, tidak bertanding dalam Uber Cup, untuk memberikan penumpuan sepenuhnya oleh German dalam Olimpik London) dapat mengalahkan kesemua pemain-pemain utama China yang bermain dalam Piala Uber ini. Beliau masih berada di kemuncak dalam pertandingan super series baru-baru ini. Pemain Hong Kong, Taiwan dan Korea mungkin boleh menjadi "pelakon sampingan" yang membuat kejutan untuk mengalahkan pemain-pemain handalan dalam pusingan awal tetapi untuk mendapat juara adalah terlalu sukar.



Pemain wanita China yang terlalu unggul dicabar dalam Piala Uber baru-baru ini

 



Pemain-pemain negara  lain yang diharap dapat merobohkan tembok China...


(Gambar-gambar dipetik dari http://bwfbadminton.org/)




Sambungan akan datang untuk analisa acara Beregu Lelaki dan Wanita....

Monday 28 May 2012

China The Champion Of Thomas Cup 2012

Mighty China become Champion of Thomas Cup in 5 time a roll after beating Korea in yesterday's final. Korea    could not scope with China team in all three matches. This make China win by 3-0. This mean that China is double champion for both Thomas and Uber Cup of 2012. This sure will give them strength to get all five gold medals for badminton events in London's Olimpic 2012.

The final results of Thomas Cup as below: (Tournamentsoftware.com)


China (CHN MT) - Korea (KOR MT)3-0

Time:Sun 5/27/2012 2:00 PM
Draw:Thomas Cup
Score:3-0

Match overview
OrderEventChina (CHN MT)-Korea (KOR MT)ScorePointsDuration
1MS1
Dan LIN
-
Hyun Il LEE
21-14 21-171-00:54
2MD1
Yun CAI
Haifeng FU
-
Yong Dae LEE
Sa Rang KIM
21-16 25-231-00:53
3MS2
Long CHEN
-
Wan Ho SHON
21-9 21-131-00:52
4MD2
Ye SHEN
Wei HONG
-
Yeon Seong YOO
Ki Jung KIM
5MS3
Jin CHEN
-
Dong Keun LEE

Saturday 26 May 2012

China or Korea the Champion of 2012 Thomas Cup??

Which country will be the Champion of Thomas Cup 2012?? China or Korea? Underdog Korea team will meet giant China team for today's final of Thomas Cup 2012. Yesterday already confirm that China take back their Uber Cup Championship from Korea. Today we will witness who will be champion of 2012. Sure Chinese will be favourite but maybe Korea could surprise the world of badminton.


Below are the aspected line up (tournamentsoftware.com):



China (CHN MT) - Korea (KOR MT)

Time:Sun 5/27/2012 2:00 PM
Draw:Thomas Cup
Score:


Match overview
OrderEventChina (CHN MT)-Korea (KOR MT)ScorePointsDuration
1MS1
Dan LIN
-
Hyun Il LEE
2MD1
Yun CAI
Haifeng FU
-
Yong Dae LEE
Sa Rang KIM
3MS2
Long CHEN
-
Wan Ho SHON
4MD2
Ye SHEN
Wei HONG
-
Yeon Seong YOO
Ki Jung KIM
5MS3
Jin CHEN
-
Dong Keun LEE