Saturday 2 June 2012

Sambungan 3 : Siapakah yang boleh mencabar pemain-pemain China dalam Olimpik London??Who can challenge the players of China in Olympics 2012??

Analisa pos-Piala Thomas Dan Piala Uber III: 


Beregu Wanita :

Berdasarkan senerio dunia badminton sekarang, negara China mempunyai dua beregu yang sukar dikalahkan mana-mana beregu lain di dunia.  Beregu itu ialah pasangan YuYang dan Wang Xiaoli serta pasangan Zhao Yunlei dan Tian Qing.  Pasangan Yu Yang dan Wang Xiaoli amat sukar ditewaskan oleh mana-mana pasangan dari Asia dan juga Eropah. Mereka boleh mengalahkan lawan mereka di Eropah atau di Asia. Jika tidak berlaku kejutan, pasangan China diyakini akan mengenggam pingat emas acara beregu wanita. Satu lagi pasangan China, Zhao dan Tian qing walaupun berbisa tetapi kadang-kadang prestasi tidak menentu yang menyebabkan mereka kalah kepada pasangan Korea dan Denmark serta Jepun.


Pasangan China Wang Xiaoli dan Yu Yang yang dijangka tidak bermasalah untuk memperoleh pingat emas di Olimpik London. 

















Pasangan China Tian Qing dan Zhao Yunlei yang dijangka  boleh memberi cabaran kepada kawan mereka Xiaoli dan YuYang.


Pasangan Korea Ha Jung Eun dan KIm Min Jung serta pasangan Jepun Mizuki Fujii dan Reika Kakiiwa walaupun dapt memberi tentangan kepada dua beregu China ini tetapi untuk mendapat pingat emas adalah sukar sedikit.


Balik kepada Malaysia. Malaysia tidak ada wakil beregu wanita ke Olimpik London. Pasangan Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty hanya menjadi pasangan "reserve" apabila mana-mana pasangan yang layak ke London mengundur diri dari London. Namun keadaan ini sukar berlaku kerana ramai yang memasang impian ke Olimpik. Tambahan pula, Olimpik hanya datang 4 tahun sekali. Semua orang tidak melepaskan peluang ke Olimpik walaupun peluang untuk memperoleh pingat apa warna sekalipun adalah sukar.


Kesimpulannya, China terlalu kuat dalam acara beregu wanita di Olimpik London nanti.


Sambung lagi ................................


(Gambar dipetik dari Laman Rasmi BWF)







No comments:

Post a Comment